UMNO Bahagian Parit Buntar

 
Other things
Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit. Duis ligula lorem, consequat eget, tristique nec, auctor quis, purus. Vivamus ut sem. Fusce aliquam nunc vitae purus.
Other things
Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit. Duis ligula lorem, consequat eget, tristique nec, auctor quis, purus. Vivamus ut sem. Fusce aliquam nunc vitae purus.
Pautan Negeri
Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit. Duis ligula lorem, consequat eget, tristique nec, auctor quis, purus. Vivamus ut sem. Fusce aliquam nunc vitae purus.
Other things
Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit. Duis ligula lorem, consequat eget, tristique nec, auctor quis, purus. Vivamus ut sem. Fusce aliquam nunc vitae purus.
Other things
Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit. Duis ligula lorem, consequat eget, tristique nec, auctor quis, purus. Vivamus ut sem. Fusce aliquam nunc vitae purus.
Other things
Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit. Duis ligula lorem, consequat eget, tristique nec, auctor quis, purus. Vivamus ut sem. Fusce aliquam nunc vitae purus.
Monday, May 21, 2007


Seterusnya!
SUSULAN TANAH RUNTUH DI PUTRAJAYA
Sunday, May 20, 2007

PUTRAJAYA: Sebanyak 335 keluarga dari Pangsapuri Fasa 11 Presint 9 di sini, yang dipindahkan berikutan kejadian tanah runtuh awal pagi kelmarin, diberi pilihan sama ada ingin kembali ke rumah masing-masing selepas ini atau terus menetap di Pangsapuri Presint 14, yang menjadi penempatan sementara mereka ketika ini.

Ahli Parlimen Putrajaya yang juga Menteri Pelancongan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, berkata walaupun kajian menunjukkan kawasan pangsapuri itu selamat, penduduk boleh membuat pilihan untuk berpindah atau terus tinggal di pangsapuri lama.

“Keputusan ini dicapai dalam perbincangan antara Timbalan Ketua Bahagian Umno Putrajaya, Datuk Khairudin Samad dengan anggota Perbadanan Putrajaya dan Bahagian Pengurusan Hartanah Jabatan Perdana Menteri (JPM), semalam (kelmarin).

Tengku Adnan berkata, Presiden Perbadanan Putrajaya, Tan Sri Samsudin Osman memaklumkan pihaknya bersedia membenarkan kakitangan kerajaan terbabit terus tinggal di Pangsapuri Presint 14.

“Terserah pada mereka... jika mereka hendak terus tinggal di sini, kami benarkan dan mereka bebas membuat pilihan,” katanya pada sidang media selepas melawat mangsa kejadian tanah runtuh, sejurus tiba dari Phuket, Thailand, petang semalam.

Pada lawatan hampir satu jam itu, Tengku Adnan diiringi isterinya, Datin Seri Enny Beatrice Ferlat Kusumo Anggraini. Hadir sama, Ketua Polis Daerah Putrajaya, Pemangku Superintendan Ab Razak Ab Majid.

Lebih 1,200 penduduk pangsapuri berkenaan dipindahkan selepas kejadian tanah runtuh kira-kira jam 4 pagi kelmarin yang mengakibatkan 25 kereta yang diletakkan di kawasan letak kereta berhampiran Blok B tertimbus.

Mereka ditempatkan di situ dalam tempoh dua minggu bagi membolehkan siasatan bagi mencari punca kejadian itu dijalankan pihak berkenaan.

Sebelum itu, Tengku Adnan melawat lokasi kejadian dan menyaksikan operasi mengeluarkan kereta dari timbunan tanah oleh anggota polis, bomba, Institut Kerja Raya Malaysia (Ikram) dan Perbadanan Putrajaya.

“Saya sudah ke tempat kejadian dan menyaksikan sendiri operasi mengeluarkan kereta yang tertimbus.

“Kami ingin mengeluarkan kereta itu secepat mungkin supaya ia dapat dibaiki atau diservis,” katanya.

Seterusnya!
Penerjun Muda
SEGAMAT 16 Feb. – Aziq Azlan, 19, salah seorang daripada 35 anggota Putera UMNO yang menyertai latihan penerjunan Kutub Utara negara yakin kumpulan penerjun remaja Malaysia mampu mengukir sejarah dalam penerjunan peringkat antarabangsa pada bulan April depan.

Pelajar jurusan Undang-Undang Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kedah itu menegaskan, dengan berbekalkan semangat serta disiplin yang tinggi, pasukan negara boleh melakukan misi tersebut dengan jayanya.

Beliau yang merupakan ketua dalam kumpulan pelatih tersebut berkata, dia mula aktif dalam sukan berisiko tinggi sejak berusia 14 tahun dan setakat ini sudah melakukan 400 penerjunan, termasuk mewakili negara dalam beberapa kejohanan.

‘‘Setiap pelatih sudah menjalani latihan mental dan fizikal untuk memulakan penerjunan itu,’’ katanya kepada Bernama ketika ditemui pada majlis pelancaran latihan penerjunan Kutub Utara anjuran Putera UMNO Malaysia dengan kerjasama Persekutuan Sukan Udara Malaysia di sini baru-baru ini.

Aziq yang dilatih oleh bapanya, Azlan Ismail mengakui pada peringkat awal dia sendiri merasa gementar untuk memulakan penerjunan.

Seterusnya!
Sedia Hadapi Pilihanraya
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim bahawa gelaran Mat Rempit adalah terlalu sopan untuk dirujuk kepada penunggang motosikal yang menunggang membabi-buta pada waktu malam.


Rais berkata, gelaran seperti ‘Penyangak Rempit’ atau ‘Dajal Rempit’ seharusnya diberikan untuk mencerminkan sikap buruk mereka.

Kelmarin, Forum Utusan Malaysia menyiarkan kenyataan seorang pembaca yang kecewa penggunaan nama ‘Mat’ digelar pada pelaku jenayah dan antisosial.

Jelas pembaca itu, ia merupakan satu pencemaran nama yang tidak sesuai dengan perilaku buruk serta jelik terutamanya penunggang motosikal yang merempit dan membahayakan pengguna jalan raya.

Khairy berkata, apa yang lebih membimbangkan golongan Mat Rempit akan menjadi kumpulan penentang bukan sahaja kepada masyarakat malah kepada kerajaan jika mereka dilabelkan dengan istilah bersifat cemuhan.

‘‘Kita tidak mahu melihat mereka menjadi kumpulan yang bersifat antimasyarakat dan antikerajaan. Seperti Putera UMNO, kita bersungguh-sungguh mengeluarkan mereka daripada masalah itu.

Seterusnya!
Sukarkan proses pemulihan
Saturday, May 19, 2007
KUALA LUMPUR 21 Feb. – Tindakan melabel ‘Mat Rempit’ dengan gelaran yang lebih teruk seperti ‘Dajal Rempit’ boleh memberi kesan tidak baik terhadap usaha membawa golongan terbabit ke pangkal jalan.

Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berkata, ini kerana penggunaan istilah sedemikian boleh menyebabkan remaja yang terlibat dalam kegiatan ‘Mat Rempit’ akan lebih menyisihkan diri daripada masyarakat.

Ujarnya, jika keadaan seperti itu berlaku, sudah tentu pihak yang begitu agresif mendekati golongan berkenaan seperti Putera UMNO sukar membawa mereka keluar daripada gejala yang tidak sihat itu.

‘‘Kami akui sejak setahun Putera UMNO mendekati kumpulan Mat Rempit, tidak semua yang dapat kita pulihkan tetapi masih ada di kalangan mereka yang berjaya kita bebaskan daripada gejala ini.

Seterusnya!
PERSIAPAN PILIHANRAYA

YPC bantah saranan mansuh UPSR
KUALA LUMPUR 19 Jan – Yayasan Pendidikan Cheras (YPC) membantah cadangan Majlis Guru Besar Malaysia (MGBM) supaya Peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dimansuhkan.

Pengerusi YPC, Senator Datuk Wira Syed Ali Alhabshee berkata, cadangan memansuhkan UPSR tidak wajar dan boleh memberi impak negative kepada pembinaan masa depan Negara.

Menurutnya, kerajaan tidak perlu memansuhkan peperiksaan UPSR kerana jika tindakanitu dibuat, sekolah tidak boleh mengetahui pencapaian prestasi murid selama enam tahun di sekolah.


“UPSR merupakan tulang belakang kepada murid-murid yang akan melanjutkan pelajaran ke peringkat menengah.

“Jika UPSR dimansuhkan maka sukarlah kerajaan hendak memilih pelajar-pelajar yang memohon ke sekolah berasrama penuh dan Maktab Rendah Sains Mara”’ katanya lagi.

Beliau berkata, tidak adil jika UPSR dikatakan punca utama masalah gejala social pelajar sedangkan factor-faktor lain seperti persekitaran dan didikan ibu bapa yang menjadi punca sebenar masalah itu.


Seterusnya!
PARIT BUNTAR CIPTA SEJARAH
Tuesday, February 20, 2007
Ketua UMNO Bahagian Parit Buntar di lantik Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri

Ketua UMNO Bahagian Parit Buntar dan Pengerusi Risda, YB Senator Dato’ Haji Abdul Raman Suliman telah dilantik sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri dalam rombakan cabinet yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi pada 14 Februai 2006.

YB Senator Dato’ Haji Abdul Raman Suliman telah mengangkat sumpah jawatan dan menyimpan rahsia pada 17 Februai 2006 di hadapan Yang Dipertuan Agong di Istana Negara.

Perlantikan beliau sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri membuka lembaran baru bagi UMNO dan Barisan Nasional Parit Buntar, apabila seorang tokoh dari Parit Buntar menduduki kerusi kabinet kerajaan Malaysia.

Ketika ditemui selepas majlis angkat sumpah, Dato’ Abdul Raman Suliman berjanji akan melaksanakan tugas dan tanggungjawab yagn diamanahkan oleh pucuk pimpinan dengan sebaik mungkin. Beliau turut mengucapkan jutaan terima kasih kepada Perdana Menteri kerana memberi peluang kepada beliau untuk membantu rakyat dan pembangunan negara.

Seterusnya!
Biodata

See my complete profile
Berita Terdahulu
Arkib
Links
Template by

Free Blogger Templates

BLOGGER